Ratusan kedai di Pasar Purba yang terkenal di Aleppo telah musnah dalam kebakaran akibat pertempuran sengit di bandar itu, kelmarin. Foto:AP |
Pasar Purba yang diiktiraf sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dan menjadi tumpuan pelancong sebelum ini telah menjadi medan pertempuran sejak beberapa minggu.
Rakaman video amatur menunjukkan ratusan kedai diperbuat daripada papan dan menjual pelbagai barangan telah terbakar.
Dalam satu kenyataan, aktivis tempatan, Ahmad al-Halabi berkata, orang awam cuba untuk memadamkan kebakaran itu tetapi gagal.
Sementara itu, Pengarah Tapak warisan Dunia Unesco, Kishore rao berkata, ia sememangnya satu kemusnahan besar melibatkan tinggalan sejarah di Timur Tengah.
"Kami turut menerima laporan kecurian melibatkan artifak dan monumen sejak negara itu mula bergolak kira-kira 18 bulan lalu," katanya.
Pertempuran di pusat komersial strategik di Aleppo sejak Khamis lalu tercetus selepas pemberontak dikatakan cuba untuk menawan bandar tersebut.- AP
No comments:
Post a Comment