Pages

Tuesday, October 30, 2012

MELONTAR DI JAMRAH KUBRA



LEBIH empat juta jemaah yang sedang menunaikan haji di Mekah berhimpun di Jamrah Kubra semalam untuk menunaikan rukun haji dengan melakukan aktiviti melontar selepas mereka selesai melontar di Jamrah Sughra dan Jamrah Wusta. Sebelum itu, jemaah haji telah bergerak ke Muzdalifah untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan ibadat melontar di ketiga-tiga jamrah tersebut. Selepas itu, para jemaah akan kembali ke Mekah untuk melakukan tawaf widak, tawaf selamat tinggal sebelum pulang ke negara masing-masing.n lEBIH empat juta jemaah haji dari seluruh dunia bersesak-sesak di kompleks Jamrah Kubra bagi melakukan ibadat melontar sebelum mengakhiri ibadat haji, semalam. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121030/lu_06/MELONTAR-DI-JAMRAH-KUBRA#ixzz2AlnBzEp8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: