MINA, Arab Saudi - Ratusan ribu jemaah haji melontar jamrah di Mina semalam pada hari pertama Hari Raya Aidiladha.
Para jemaah haji dari 189 buah negara itu melontar batu di Jamrah Aqaba yang merupakan sebuah batu.
Selepas melontar jamrah, para jemaah lelaki menggunting atau mencukur rambut.
Para jemaah yang selesai melontar akan kembali ke khemah masing-masing dan menunggu untuk melontar lagi batu di Jamrah Ula dan Wusta.
"Saya melontar jamrah pada awal pagi apabila tidak ramai jemaah berada di kawasan ini," kata seorang jemaah haji dari Malaysia, Abdullah Noor kepada agensi berita AFP.
Abdullah, 47, berkata, dia berasa gembira kerana dapat sampai ke tanah suci yang merupakan cita-cita sejak bertahun-tahun lamanya.
"Namun, saya berasa sedih kerana tidak dapat membawa keluarga bersama," katanya.
Melontar jamrah dilakukan bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim melontar batu ke arah syaitan.
Hampir 2.5 juta jemaah mendaftarkan diri untuk mengerjakan ibadah itu pada musim haji tahun ini. - Agensi
No comments:
Post a Comment