Pages

Wednesday, October 31, 2012

Guru agama mati ditembak di Pattani



PATTANI 30 Okt. - Seorang guru beragama Islam ditembak mati sekumpulan bersenjata dalam satu serangan terbaru di wilayah selatan Thailand, di sini awal hari ini.
Menurut polis, serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 7.45 pagi di satu persimpangan di Lebuh Raya 401 menghubungkan Yala dan Pattani.
Mangsa dikenali sebagai Mahama Ma-ae, 74, seorang guru agama di Sekolah Thamwitthaya Moolanithi di daerah Muang, wilayah Yala.
Polis berkata, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di sebuah kampung di Khao Tum ke sekolahnya menaiki sebuah trak pikap.
Semasa tiba di persimpangan itu, kenderaan Mahama dipotong oleh sebuah lagi trak yang dinaiki penyerang terbabit sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan menggunakan rifel M-16 ke arah cermin depan trak yang dinaiki mangsa.
"Beberapa das tembakan mengenai kepala dan badan Mahama menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," kata polis.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121031/lu_03/Guru-agama-mati-ditembak-di-Pattani#ixzz2ArfOHDEN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: