Sebuah masjid yang dijadikan tempat perlindungan musnah dalam serangan udara di bandar Maarat al-Numan, semalam. |
Anggota penyelamat berkata, letupan di bandar Barat Laut itu memusnahkan dua bangunan kediaman dan masjid, di mana ramai wanita dan kanak-kanak ditempatkan sebagai lokasi perlindungan.
“Kami mengeluarkan 49 mayat, termasuk bayi berusia sembilan bulan dari bawah runtuhan,” katanya.
Menurutnya, mereka dijadikan tebusan oleh pemberontak pada 9 Oktober lalu, dalam usaha mewujudkan zon penampan di sepanjang sempadan Turki.
Manakala di Damsyik, seorang individu bertindak melakukan serangan bom berani mati apabila meletupkan dirinya ketika sedang menunggang motosikal kira-kira 300 meter dari pekarangan kementerian dalam negeri, namun tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan.
Menurut sumber keselamatan, individu itu bertindak demikian selepas Utusan Khas Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Lakhdar Brahimi kelmarin, menggesa rejim Presiden Bashar al-Assad untuk melaksanakan gencatan senjata bagi memberi laluan kepada umat Islam menyambut Aidiladha.
“Jika gencatan senjata dilaksanakan, pergolakan ini berpotensi ditamatkan serta permulaan proses politik baru dapat dilakukan secara damai,” katanya. - AFP

No comments:
Post a Comment