DUBAI: Teheran akan bertindak jika AS melakukan sebarang tindakan “bodoh” dan menyerang Syria, kata pegawai tentera Iran dan dipetik media semalam.
Timbalan Ketua Kebudayaan dan Propaganda Pengawal Revolusi Iran, Mohammad Ali Assoudi, berkata jika Syria diserang Iran dan sekutunya akan mengambil tindakan yang membawa kegemparan kepada AS.
“Dalam kes bodoh AS dan serangan tentera dilakukan ke atas Syria, pakatan tentera bersama dengan sekutu Syria akan dilaksanakan,” katanya tanpa menjelaskan apa tindakan bakal diambil Iran.
Iran menjadi penyokong kuat Presiden Syria, Bashar al-Assad, ketika pemimpin terbabit berdepan kebangkitan rakyatnya - yang didakwa Teheran dan Damsyik - didalangi Israel dan Barat.
Sejurus selepas kenyataan Mohammad Ali itu dibuat, ia kemudian dipadamkan dari laman sesawang Kelab Wartawan Muda. Kenyataan itu turut dipetik beberapa agensi berita tempatan dan asing, termasuk akhbar Jam-e Jam di Iran dan BBC. - Reuters

No comments:
Post a Comment