ANTARA aksi menarik Parker bermain ular sawa.
Keyakinan dapat dilihat dengan ketara ketika Parker mengangkat ular sawa seberat 10 kilogram semalam, walaupun pada ketika tertentu langkah budak itu kelihatan goyang.
Media tempatan melaporkan, Parker kini digelar sesetengah pihak sebagai renjer haiwan liar paling muda di Australia.
Melihat kepada sejarah hidupnya, memang tidak menghairankan jika Parker mudah akrab dengan haiwan liar.
Dia dilahirkan pasangan suami isteri yang menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Victoria.
Bapa Parker yang juga pemilik taman itu, Greg, berkata tiga generasinya menjadi penjaga haiwan dan membesar dalam lingkungan hidupan liar. “Kami memang terkejut dengan kemampuan semula jadi Parker berdepan haiwan liar.
“Selain tidak menampakkan rasa takut, Parker juga melayan haiwan yang ada di taman hidupan liar ini.
“Dia juga mengagumkan kerana memiliki pengetahuan mengenai haiwan itu tanpa perlu kami memberinya pendedahan apa-apa sejak awal.
Selain ular, Parker juga sering dibenarkan bermain dengan pelbagai jenis haiwan liar lain, termasuk anak buaya di taman haiwan yang dibuka sejak 1987 itu. - DM
No comments:
Post a Comment