Pages

Monday, September 3, 2012

Imam ditahan tambah bukti

Hafiz Khalid Chishti ketika ditemubual wartawan asing di  Mehrabad, Islamabad. - Foto AFP
Hafiz Khalid Chishti ketika ditemubual wartawan asing di Mehrabad, Islamabad. - Foto AFP 

Dua saksi lapor perbuatan letak kertas ayat suci al-Quran di lokasi kejadian

Islamabad: Seorang imam yang menyerahkan bukti membabitkan kes seorang budak perempuan Kristian didakwa membakar beberapa halaman al-Quran, ditahan polis Pakistan semalam kerana disyaki mereka cipta bukti.
Budak perempuan terbabit, Rimsha ditahan lebih dua minggu lalu kerana didakwa membakar kertas mengandungi ayat al-Quran, melanggar undang-undang Pakistan.

Kami mendesaknya supaya tidak menambahkan sesuatu kepada bukti dan beliau perlu serahkan bukti terus kepada polis“. - Maulvi Zubair, Timbalan imam
Pertama serah bukti

Hafiz Mohammed Khalid Chishti, imam di sebuah masjid di Mehrabad adalah orang pertama menyerahkan bukti, ditahan pada Sabtu lalu selepas pembantunya memberitahu majistret bahawa Hafiz meletakkan beberapa lagi helaian al-Quran di tempat ia dibakar untuk mengukuhkan kes terhadap budak perempuan berkenaan.

“Imam terbabit ditahan selepas timbalannya, Maulvi Zubair dan dua yang lain memberitahu majistret bahawa dia meletak lebih banyak helaian al-Quran di tempat ia dibakar,” kata penyiasat polis, Munir Hussain Jaffri.

Tindakan dipertikai
Zubair dan dua yang lain, Mohammad Shahzad dan Awais Ahmed memberitahu polis, mereka mempertikaikan Chishti supaya tidak menambahkan helaian terbabit, kata Jaffri.

“Kami mendesaknya supaya tidak menambahkan sesuatu kepada bukti dan beliau perlu serahkan bukti terus kepada polis dan tidak sepatutnya melakukan perbuatan demikian,” kata Jaffri.

“Tetapi, kami diberitahu oleh Chishti bahawa: “Anda tahu ini satu cara untuk menghalau Kristian dari kawasan ini.”

Pada 24 Ogos lalu, Chishti memberitahu agensi berita bahawa dia beranggapan Rimsha membakar helaian Quran sebagai satu ‘konspirasi’ Kristian untuk menghina Islam.

Dia juga percaya, tindakan tertentu akan mengambil masa untuk memberhentikan apa yang disifatkan beliau sebagai aktiviti anti Islam di Mehrabad.

Jaffri berkata, imam terbabit ditahan di rumahnya pada Sabtu di bawah undang-undang kufur kerana membakar helaian kitab al-Quran bagi mengukuhkan bukti terhadap Rimsha.

Ada laporan menyatakan Rimsha menghidap ‘Down’s Syndrome’. - AFP

No comments: