Pages

Saturday, September 8, 2012

AS tingkat peranan di sempadan Syria-Turki

WASHINGTON: Amerika Syarikat meningkatkan peranannya di sempadan Syria-Turki dengan mengerah lebih ramai perisik dan diplomat untuk membantu menasihati penentang kerajaan Syria. Ia juga bertujuan mengawasi anggota al-Qaeda yang menyusup masuk ke kem kumpulan penentang itu. Pegawai kerajaan AS berkata, tindakan kakitangan AS sejak beberapa minggu lalu membantu meningkatkan kemahiran pengurusan politik kumpulan berkenaan selain penyusunan organisasi mereka. Ia adalah sebahagian usaha pentadbiran Obama untuk menyokong penentang Presiden Bashar al-Assad dari segi ketenteraan tanpa menyumbang senjata. Secara politik, langkah itu dapat membantu kumpulan berkenaan menangani cabaran daripada kumpulan militan yang datang dari Iraq dan tempat lain. - AP

No comments: