BONGKAH batu yang terpelanting di depan pintu kediaman sebuah keluarga di Mentougo, semalam. |
Bongkah batu itu hanya berhenti apabila tersekat di dinding. Ia terpelanting akibat kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat selama beberapa minggu melanda Mentougou, kawasan pergunungan dekat ibu negara China itu. “Satu lagi lantunan dan ia mungkin ada dalam bilik bersama keluarga itu. Mereka memang bertuah. “Keseluruhan halaman dan belakang rumah dipenuhi dengan runtuhan batu-batan. Mereka hanya selangkah daripada ditimbus hidup-hidup,” kata jurucakap polis.
Mentougou terletak di kawasan pergunungan di barat Beijing dan kaya dengan sumber semula jadi seperti arang batu, granit dan batu kapur. Walaupun meraih populariti sebagai destinasi pelancongan, hampir seluruh kawasan berada jauh di pedalaman dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan banyak kediaman diancam bahaya. - DM
No comments:
Post a Comment