29 Ogos 2012
PARIS - Pihak berkuasa Perancis memulakan inkuiri ke atas kematian pemimpin Palestin, Yasser Arafat lapan tahun yang lalu.
Langkah ini diambil ekoran permohonan keluarganya, yang mendakwa bahawa Allaharham Yasser meninggal dunia pada 2004 kerana telah diracuni dengan polonium-210, satu bentuk elemen radioaktif.
Mengumumkan perkara itu semalanm, pendakwa raya Perancis berkata, pihaknya bersetuju untuk memulakan inkuiri.
Kata pendakwa raya, pihaknya akan melantik seorang hakim untuk mengetuai inkuiri tersebut.
Susulan aduan dibuat oleh keluarga Yasser, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengemukakan permintaan secara rasmi kepada kerajaan Perancis agar diadakan satu siasatan.
Isteri Yasser, Suha membuat aduan ekoran dokumentari Al-Jazeera yang disiarkan Julai lalu menunjukkan saintis menemui kewujudan polonium-210 pada pakaian pemimpin itu.
Pegawai kanan Palestin, Saeb Erekat berkata, Pihak Berkuasa Palestin menyambut baik inkuiri tersebut.
"Kami berharap akan ada siasatan yang serius untuk mendedahkan kebenaran (berkaitan punca kematian)," katanya lagi.
Yasser meninggal dunia pada Oktober 2004 ketika berusia 75 tahun di sebuah hospital tentera Perancis.
Allahyarham mengetuai Pertubuhan Pembebasan Palestin selama 35 tahun dan menjadi presiden pertama Pihak Berkuasa Palestin pada 1996.

No comments:
Post a Comment