Lagi stesen TV pro kerajaan diserang
Letupan disebuah stesen televisyen, Damsyik, Syria
DAMSYIK - Satu letupan bom menggegarkan ibu pejabat televisyen Syria yang terletak di tengah-tengah bandar Damsyik, semalam.

Menteri Penerangan Omran Al Zoabi berkata, letupan itu turut mencederakan beberapa kakitangan stesen berkenaan.

“Terbukti letupan itu disebabkan peranti bahan letupan, beberapa kakitangan mengalami kecederaan serius, namun tiada kematian ,” katanya.

Beliau berkata, sungguhpun sebahagian bangunan itu diserang, namun operasi masih berjalan seperti biasa.

Seorang saksi berkata, bom tersebut meletup di lantai tingkat tiga bangunan berkenaan menyebabkan beberapa dinding pecah.