BEIRUT: Tentera Syria dituduh menggunakan kereta kebal dan helikopter untuk membunuh lebih 150 orang di wilayah Hama, kelmarin.
Angka itu diberikan oleh Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi sementara seorang pemimpin pemberontak berkata, lebih 200 orang mati.
Ketua Pemerhati Syria, Rami Abdel Rahman memberitahu AFP menerusi telefon semalam, mayat 30 penduduk kampung sudah dikenalpasti Tentera dan Shabiha, kumpulan militia pro- Bashar yang dikatakan mengiringi tentera bagi memastikan mereka tidak berpaling tadah dilapor mula mengebom Kampung Treimsa jam 11 pagi hingga 9 malam waktu tempatan. - Reuters
No comments:
Post a Comment