LONDON: Seorang lelaki berusia 73 tahun seolah-olah tidak percaya selepas menyedari beg tangan yang dibelinya dengan harga �20 (RM100) di Oxfam sebenarnya bernilai hingga RM1.8 juta.
John Richard dari West Hampstead, London, tidak tahu nilai sebenar beg rekaan Philip Treacy itu ketika membelinya dalam jualan amal di Oxfam cawangan Kingston.
Treacy, pereka terkenal warga Ireland mereka topi untuk golongan kaya dan terkenal, termasuk Lady Gaga dan pengarang Tatler, majalah fesyen berpengaruh, Isabella Blow.
Dia terpaksa membela diri apabila topi yang direkanya untuk Puteri Beatrice di majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton tahun lalu dikritik hebat.
Dia terpaksa membela diri apabila topi yang direkanya untuk Puteri Beatrice di majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton tahun lalu dikritik hebat.
Richard berkata, dia terkejut mendapati beg tangan Treacy di dalam kotak ketika mengunjungi Oxfam untuk mencari barangan jualan murah.
Beg tangan itu mempunyai rekaan wajah Elvis Presley oleh artis pop Andy Warhol dan dipercayai satu daripada 10 saja yang dihasilkan.
Richard mengambil keputusan untuk memeriksa sama ada ia asli atau tidak dua bulan selepas membelinya.
Richard memberitahu akhbar tempatan, Hampstead and Highate Express: “Saya memutuskan untuk membawanya ke kedai Philip Treacy dan mereka mengesahkan ia asli.”
Beg tangan itu dijual dengan harga antara RM1,000 hingga RM2,000 apabila ia mula dibuat.
Lelaki itu berharap untuk menjualnya bagi membelikan sebuah kedai gunting untuk temannya walaupun pakar lelong memberitahunya supaya menyimpan beg itu untuk sementara waktu. - DM
No comments:
Post a Comment