Pages

Saturday, July 14, 2012

Mahmoud Jibril menang besar

Foto
Jibril (tengah) mengadakan perbincangan dengan penyokongnya selepas sidang akhbar di Tripoli baru-baru ini. - Foto Reuters
Foto
Pekerja pilihan raya membuat pengiraan undi peringkat akhir di Benghazi semalam
Pakatan Demokratik Kebangsaan tewaskan Ikhwanul Muslimin

Tripoli: Perdana menteri sementara Libya dan pemimpin parti Pakatan Demokratik Kebangsaan, Mahmoud Jibril dilapor mendapat kemenangan besar dan mengalahkan pesaing terdekat daripada parti Islam dalam pilihan raya bebas pertama Libya itu dalam tempoh hampir hampir setengah abad. Pengiraan di seluruh negara mengesahkan kekalahan sayap politik Ikhwanul Muslimin Libya, senario yang dilihat berbeza dengan kesan kebangkitan di Mesir dan Tunisia. 
Keputusan rasmi akhir hanya akan diketahui minggu depan, tetapi dengan majoriti undian yang dikira, parti pimpinan Jibril tidak dapat ditewskan di Tripoli, kawasan padang pasir selatan dan bandaraya timur, Benghazi, yang menyaksikan pemberontakan tahun lalu menentang pemerintahan Muammar Gaddafi selama 42 tahun.

“Rakyat melihat sikap terbuka Jibril kepada seluruh dunia dan mereka mahukan keterbukaan ini selepas ditutup oleh Gaddafi,” kata penganalisis politik Libya, Nasser Ahdash mengenai ahli politik berpendidikan Barat yang menjadi wajah dalam kebangkitan tahun lalu.

Kumpulan Islamis lain, parti al-Watan iaitu bekas militan Islamis, Abdul Hakim Belhadj gagal untuk menentang. Belhadj malah tewas di kawasan beliau sendiri di Tripoli. - Reuters

No comments: