Pages

Tuesday, July 3, 2012

Jong-Il pernah arah tentera Korea Utara bina bom atom

TOKYO: Mendiang Kim Jong-Il pernah mengarahkan saintis Korea Utara menghasilkan “sejumlah besar” bom uranium, lapor akhbar Jepun, semalam.
Berdasarkan dokumen dalaman Pyongyang, arahan itu dipercayai dikumpulkan pada Februari lalu untuk pegawai kanan Parti Buruh yang memerintah negara itu.

Dua akhbar Jepun, Mainichi Shimbun dan Tokyo Shimbun berkata, Jong-Il mengarahkan senjata nuklear itu dibina menggunakan uranium dan plutonium.
“AS dan negara musuh mendakwa kita cuba menghasilkan uranium untuk membuat senjata nuklear.

“Sebenarnya, Jong-Il berkata, kita tidak perlu menunggu untuk teknologi pengayaan uranium bagi menghasilkannya supaya ia boleh digunakan industri awam,” kata dokumen berkenaan.

Sejak lama dulu, Pyongyang mendakwa menjalankan aktivti pengayaan uranium semata-mata bagi menjana kuasa elektrik. Memetik dokumen itu, akhbar terbabit melaporkan, tentera memang berusaha menggunakan plutonium dan uranium bagi menghasilkan bom atom.
Katanya, Jong-Il mengarahkan pegawainya “menghasilkan sejumlah besar senjata nuklear.” Media melaporkan, dokumen itu dikemukakan bagi memberitahu pegawai parti bahawa pemimpin Korea Utara kini, Kim Jong-Un, mewarisi strategi bapanya bagi melindungi regim berkenaan. - AFP

No comments: