Pages

Tuesday, July 3, 2012

Iran jalankan latihan perang peluru berpandu hadapi AS, Israel

TEHERAN: Iran semalam berkata, negara itu bersedia menjalani ujian perang peluru berpandu bagi membalas serangan AS atau Israel di rantau itu.
Latihan tiga hari di kawasan padang pasir di tengah Iran bermula beberapa hari selepas Kesatuan Eropah dan AS mengenakan sekatan lebih ketat ke atas negara itu.

Pada masa sama, satu lagi rundingan di antara Teheran dengan kuasa besar dunia berlangsung bagi mengatasi isu aktiviti loji nuklear di negara berkenaan. Menurut kenyataan dilapor agensi berita Irna semalam, latihan itu dijalankan pasukan tentera elit Pengawal Revolusi Iran. “Semua unit dan pangkalan peluru berpandu bersiap sedia dan mereka bergerak ke kawasan ditetapkan,” lapor Irna. Menurut kenyataan itu, “berpuluh-puluh peluru berpandu” akan digunakan dalam latihan berkenaan, termasuk Shahab-3 yang mampu memusnahkan sasaran sejauh 2,000 kilometer.
Jarak itu mampu memusnahkan sasaran di Israel.

Peluru berpandu lain yang digunakan termasuk Fateh, Tondar dan Qiam yang mempunyai jarak antara 200 hingga 750 kilometer.

“Latihan digelar Utusan Terhebat 7 itu disasarkan untuk memusnahkan pangkalan udara replika di Padang Pasir Kavis,” kata kenyataan itu. - AFP

No comments: