Pages

Thursday, July 12, 2012

Iran mesti terbabit dalam proses damai Syria




         
BEIRUT: Duta damai antarabangsa, Kofi Annan semalam menegaskan, kuasa serantau, Iran perlu terbabit dalam usaha mencari penyelesaian damai di Syria, meskipun Barat bertegas menolak peranan Teheran.

Amerika Syarikat dan sekutu Nato serta Teluk Arabnya membantah pembabitan Republik Islam itu yang menyokong Presiden Bashar al-Assad serta dianggap sebagai musuh utama mereka di Asia Barat.


“Iran mempunyai peranan untuk dimainkan. Dan kehadiran saya di sini menjelaskan bahawa saya mempercayainya. “Saya menerima banyak galakan dan kerjasama daripada kerajaan Iran,” kata Annan selepas berunding dengan Menteri Luar, Ali Akbar Salehi di Teheran. - Reuters

No comments: