XIAO Ping mengalami cedera teruk di badan akibat didera oleh teman lelakinya.
KEJAM... Huang ditahan polis 5 Jun, lalu.
BEIJING: Selama lebih sebulan, Xiao Ping (bukan nama sebenar) yang berusia 16 tahun, dikurung di apartmen yang disewa dan didera tanpa perikemanusiaan oleh teman lelakinya di, wilayah Fujian.
Dia bertemu dengan Huang, 29, melalui kawan mereka, Februari lalu. Apabila Huang mendapat tahu dia pernah bekerja sebagai pelayan di pusat karaoke (KTV Princess), dia menjadi curiga dengan setiap panggilan atau pesanan ringkas yang dibuat atau diterima.
Dia percaya, Xio Ping menghubungi pelanggan lamanya dan itu menjadikan dia berang.
Akhirnya, pada 25 April lalu, mimpi ngeri Xiao Ping bermula. Huang memukulnya buat pertama kali.
Akhirnya, pada 25 April lalu, mimpi ngeri Xiao Ping bermula. Huang memukulnya buat pertama kali.
Huang terus memukulnya sekali setiap hari atau dua hari, sebelum dia mengurung Xiao Ping di dalam bilik dan memukulnya dengan tali pinggang, batang besi dan pisau pemotong daging untuk mencederakannya.
Xiao Ping berjaya melarikan diri akhir Mei lalu, ketika Huang keluar bersama rakan-rakannya.
Pegawai polis terperanjat melihat tubuhnya yang dipenuhi dengan luka, lebam, bengkak dan kuping bekas luka.
Seorang pegawai polis berkata, “Anda tidak dapat melihat kulit di belakang tubuhnya kerana dipenuhi kuping bekas luka.”
Terdapat enam atau tujuh luka yang belum sembuh di mukanya dan satu daripadanya antara tujuh hingga lapan sentimeter panjang.
Xiao Ping dalam kesakitan yang amat sangat sehingga dia tidak boleh duduk dengan betul kerana pakaiannya akan melekat pada lukanya.
Apabila dia dimasukkan ke hospital, dia tidak boleh jalan atau mendepangkan tangannya dengan baik.
Pihak polis yang geram dengan perbuatan Huang, segera menahannya. Dia ditangkap kira-kira jam 11.30 malam pada 5 Jun lalu. - Agensi
No comments:
Post a Comment