BEIRUT: Seramai 17 orang, termasuk 10 wanita terbunuh dalam serangan bom pada waktu malam di bandar Deraa, di selatan Syria di mana pemberontakan menentang Presiden Bashar Al-Assad tercetus sejak 15 bulan lalu, kata kumpulan pemerhati hak asasi manusia negara itu, semalam.
Jalan utama dari Damsyik ke Deraa dihalang dengan tayar yang dibakar. Selain kematian di Deraa, kumpulan itu turut mengesahkan kematian 44 orang awam di seluruh negara itu kelmarin, hampir separuh daripada mereka berlaku di Homs dan Damsyik. - Reuters
No comments:
Post a Comment