TIMOR TENGAH UTARA (Nusa Tenggara Timur) - Seorang tukang urut di daerah ini dilaporkan mempunyai kebolehan luar biasa dalam perubatan tradisional termasuk berjaya menyembuhkan beribu-ribu orang.
Daniel Tunliu, 53, mampu mengurut beratus-ratus orang dalam sehari dan kebolehannya itu menyebabkannya terkenal di dalam dan luar negara.
Menurut Daniel, selain penduduk tempatan, dia juga pernah mengurut orang asing dari Sepanyol, Itali, Portugal dan Belanda.
Apa yang lebih mengejutkan, dia yang lebih dikenali dengan panggilan Om Dan tidak pernah menuntut bayaran atas khidmat urutan yang diberikannya, sebaliknya terpulang kepada pelanggan sama ada mahu membayar atau tidak.
"Saya tidak pernah mengenakan atau menetapkan bayaran atas khidmat urutan yang saya berikan, semuanya terpulang kepada mereka.
"Kalau dibayar, saya terima, kalau tidak pun tidak apa," katanya kepada Kompas.com.
Om Dan mengaku mula mengurut pada 1979 dan kerjayanya itu bermula selepas dia mengalami peristiwa aneh di mana seorang lelaki berbaju putih meletakkan tangan di atas kepalanya.
"Selepas lelaki itu meletakkan tangan saya di atas kepalanya, saya terus pengsan dan menjadi tidak siuman selama tiga bulan.
"Namun, selepas sembuh, saya secara tiba-tiba mendapat kemahiran untuk mengurut orang," ujarnya. - AGENSI
No comments:
Post a Comment