Pages

Wednesday, April 11, 2012

Iran mampu bertahan sehingga 3 tahun tanpa jual minyak

DUBAI: Iran memiliki simpanan mencukupi untuk bertahan dalam sekatan menyeluruh ke atas penjualan minyaknya selama dua hingga tiga tahun, lapor media negara itu semalam.
Memetik kenyataan Presiden Mahmoud Ahmadinejad, agensi berita Fars melaporkan, Iran mampu berfungsi dengan baik walaupun tiada minyaknya dapat dijual dalam tempoh dua atau tiga tahun.

Kata Mahmoud, Barat cuma berminat menganiaya Iran dalam usaha mereka mengenakan sekatan ekoran program nuklear mereka.

“Sesiapa saja yang mahu merampas hak Iran, anak muda akan menghukum musuh sehingga mereka tidak mampu mencari jalan pulang,” katanya ketika melawat wilayah Hormuzgan, semalam. - Reuters

No comments: