Pages

Thursday, April 26, 2012

Iran fikir panjang




         
BAITULMAQDIS: Panglima Tentera Israel tidak yakin Iran akan membuat sebarang keputusan untuk membina bom nuklear, lapor akhbar tempatan semalam.

Bercakap kepada akhbar Haaretz, Benny Gantz berkata, Iran bertindak “selangkah demi selangkah” sehingga mereka mampu memutuskan sama ada mahu menghasilkan bom nuklear.” Katanya, Iran belum membuat ketetapan sama ada akan mengambil langkah lebih jauh atau sebaliknya.


“Selagi kemudahan nuklear mereka tidak dilindungi daripada serangan, mengikut perspektif Iran, program itu terlalu terdedah,” katanya.

Kata Gantz, pandangan itu turut dikongsi pentadbiran Presiden Barack Obama. Iran berjaya membangunkan keupayaan mengayakan uranium sehingga 20 peratus yang digunakan untuk menghasilkan isotop perubatan.


Namun, untuk “melangkah lebih jauh” uranium itu perlu diperkayakan sehingga 90 peratus.


Kata Gantz, jika pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mahu, langkah itu akan diambil tetapi sepanjang proses berkenaan, sesuatu keputusan masih perlu diambil.

“Tindakan itu akan dibuat jika Khamenei percaya dia bebas daripada sebarang tindak balas.


“Pada pandangan saya, dia bakal membuat kesilapan besar jika tindakan itu diteruskan, dan saya tidak fikir dia mahu bertindak sejauh itu,” katanya. - AFP

No comments: