Pages

Monday, March 5, 2012

Presiden Perancis nafi hak Muslim

Presiden Perancis nafi hak Muslim - Global - Sinar Harian:
PARIS - Isu 'keistimewaan' orang Islam di Perancis yang diperkatakan sebelum ini dilihat gagal untuk memperoleh sokongan Presiden Nicolas Sarkozy, kelmarin selepas beliau menolak penyediaan daging halal atau pengasingan kolam renang awam untuk golongan wanita Islam di negara itu.

"Tiada tempat di negara ini untuk xenofobia (perasaan sangat takut atau benci terhadap orang asing), tiada isu perkauman dan tidak ada kolam renang khas untuk lelaki atau wanita," menurut Sarkozy dalam satu perhimpunan sempena kempen pilihan raya presiden 2012 di Bordeaux.

Beliau turut menyatakan isu penyediaan makanan halal di sekolah atau pengasingan kolam renang untuk golongan wanita kononnya bertentangan dengan prinsip sekularisme di Perancis.

Sarkozy juga lantang menyuarakan pendapatnya yang dilihat sebagai bias dan bakal menyinggung perasaan orang Islam kerana beliau menegaskan sesetengah isu yang diperjuangkan sepatutnya bukan dipertimbangkan dengan nilai agama tetapi tamadun pada masa itu.

Dianggarkan seramai lima juta orang Islam tinggal di Perancis, sekali gus, ia menjadi populasi terbesar di Eropah Barat.

'via Blog this'

No comments: