Pages

Monday, March 5, 2012

Keluar dari Syria atau tanggung sendiri risiko

Kosmo! Online - Negara:


PENUNJUK perasaan mengadakan bantahan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad di Yabroud dekat Damsyik pada Jumaat lalu.


JOHOR BAHRU – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar Malaysia di Syria sekiranya mereka enggan dibawa pulang atau dipindahkan ke Jordan ekoran pergolakan politik yang berterusan di negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar kecil) berkata, para pelajar telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai risiko yang bakal mereka hadapi jika terus berada di negara yang sedang bergolak tersebut.

“Penuntut yang enggan balik atau berpindah ke Jordan akan diminta menandatangani surat bagi mengesahkan bahawa mereka tahu akan akibat daripada keputusan mereka itu,” katanya selepas merasmikan majlis penyerahan sumbangan Wang Bantuan Sara Hidup RM100 di Sekolah Kebangsaan Taman Molek di sini semalam.

Terdapat 400 pelajar Malaysia di Syria dengan 222 orang telah dibawa pulang sementara 178 orang masih berada di sana.

Antara alasan penuntut yang majoritinya mengikuti pengajian agama untuk tidak pulang ialah kerana mereka sedang menuntut di tahun akhir atau akan menghadapi peperiksaan.

KPT kini sedang menimbang sama ada akan membawa pulang atau memindahkan pelajar terbabit ke Jordan, namun, ia masih menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara berhubung tahap keselamatan pelajar.


'via Blog this'

No comments: