Pages

Monday, March 5, 2012

Iran dituduh bantu tentera Bashar

myMetro | Iran dituduh bantu tentera Bashar: WASHINGTON: Akhbar Wahington Post melaporkan, Iran meningkatkan sokongan ketenteraan dan perisikan kepada tentera kerajaan Syria yang berusaha merampas kubu kuat pemberontak.

Dengan memetik sumber daripada tiga pegawai Amerika Syarikat yang tidak dinamakan, akhbar itu melaporkan, Teheran menambah bantuan senjata dan kelengkapan perang lain kepada tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad bagi membantunya melumpuhkan pemberontak di bandar Homs.

Akhbar itu memetik pegawai itu sebagai berkata: “Bantuan dari Iran semakin meningkat dan fokusnya adalah bantuan maut.”

Laporan yang disokong oleh penemuan perisikan AS berkata, seorang pekerja Iran cedera baru-baru ini, ketika bekerjasama dengan pasukan keselamatan Syria di negara itu.


“Mereka menghantar peralatan, senjata dan bantuan teknikal, termasuk alat pengawasan, untuk menekan pemberontak.


“Pegawai keselamatan Iran pergi ke Damsyik untuk membantu,” katanya.

Seorang lagi pegawai kanan Amerika pula memberitahu akhbar itu, Iran baru-baru ini menghantar anggota perisikannya ke Damsyik. - AFP


'via Blog this'

No comments: