Pages

Sunday, February 12, 2012

Serangan berkembar ragut puluhan nyawa

ALEPPO
ALEPPO - Ketegangan di Syria semakin memuncak selepas hampir seminggu negara dipimpin oleh Presiden Bashar al-Assad itu bermandi darah.

Dalam kejadian terbaru, sekurang-kurangnya 28 maut manakala 235 lagi cedera dalam kejadian pengeboman berani mati berkembar di kawasan pusat kawalan keselamatan di Aleppo, kelmarin.

Penunjuk perasaan anti-Assad menafikan penglibatan mereka sebaliknya menuduh ia didalangi pasukan keselamatan rejim yang sengaja mahu memburuk-burukkan pembangkang.

Rakaman televisyen tempatan turut memaparkan keadaan bangunan ibu pejabat Direktorat Perisikan Tentera dan berek Angkatan Pemeliharaan Keselamatan yang musnah teruk serta beberapa mayat turut bergelimpangan di sekitar kawasan tersebut.

Dalam kejadian berasingan, pasukan keselamatan rejim Assad berterusan melakukan tindakan keganasan dengan menembak secara rambang ke arah jemaah yang selesai menunaikan solat Jumaat di seluruh negara sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang awam terbunuh.

Sekali lagi menerusi paparan stesen televisyen tempatan, kerajaan menuduh kejadian keganasan yang semakin meruncing di negara itu adalah angkara pengganas walaupun hakikatnya rejim Assad adalah dalang sebenar kekecohan dan kezaliman tersebut.

Serangan berkembar ragut puluhan nyawa - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments: