Pages

Wednesday, February 15, 2012

Bayi ditinggal di kedai kopi

GOMBAK: Seorang bayi lelaki masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan ditemui dalam keadaan bogel di tepi sebuah kedai kopi di Kampung Melayu Sungai Buloh, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.30 pagi itu, penduduk kawasan itu yang kebetulan melalui kedai berkenaan terkejut apabila terdengar tangisan bayi sebelum dia menjumpai bayi malang itu di tepi kedai dalam keadaan berbogel dan menggigil kesejukan.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, penduduk terbabit kemudian memaklumkan penemuan itu kepada penduduk berhampiran kedai berkenaan.

Menurutnya, bimbang bayi berkenaan mati kesejukan, mereka kemudian membalutnya dengan kain sebelum membuat keputusan untuk membawanya ke hospital.


“Mereka kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya.


“Polis yang menerima maklumat kemudian ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan bagi mencari bahan bukti yang dapat mengesan ibu bayi malang terbabit,” katanya.

Abdul Rahim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan bagi mencari pelakunya dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.myMetro | Bayi ditinggal di kedai kopi:

'via Blog this'

No comments: