Pages

Wednesday, February 15, 2012

Arab sedia bekal pemberontak Syria senjata

BEIRUT — Pihak berkuasa Syria meneruskan tindakan ketenteraan ke atas kumpulan yang menentang Presiden Bashar al-Assad di seluruh negara itu semalam sementara pegawai-pegawai Arab mengesahkan bahawa kerajaan-kerajaan serantau bersedia untuk membekalkan senjata kepada kumpulan penentang jika pertumpahan darah tidak dihentikan.
Bandar raya sebelah barat Syria, Homs yang menjadi nadi kebangkitan rakyat menentang kepimpinan 11 tahun Bashar berhadapan dengan pengeboman buat hari ke-11 berturut-turut.
Pihak tentera kerajaan bertempur dengan pasukan Free Syrian Army berhampiran bandar Aleppo, lapor akhbar The Guardian.
Penduduk dari kawasan Rankous, berhampiran Damsyik juga meninggalkan rumah masing-masing ekoran serangan pihak kerajaan.
Sementara Bashar enggan runduk kepada kecaman antarabangsa, negara-negara Arab dengan diketuai Arab Saudi membawa resolusi baru di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyokong pelan kedamaian yang diputuskan di Kaherah, Ahad lalu.
Diplomat-diplomat Arab berkata, langkah menyediakan senjata kepada pasukan pembangkang kini menjadi satu opsyen secara rasmi.
Satu resolusi diluluskan pada mesyuarat itu menggesa negara-negara Arab menyediakan kesemua bentuk sokongan politik dan kebendaan kepada pembangkang.
Laporan Reuters menyebut langkah itu akan membolehkan soal menghantar senjata.
Arab sedia bekal pemberontak Syria senjata - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments: