BEIRUT: Selepas beberapa hari diserang hebat, tentera Syria mula mengundurkan kereta kebal mereka dari bandar Homs yang bergolak, semalam.
Pada masa yang sama, pemerhati Liga Arab juga dikatakan dalam perjalanan ke tengah bandar itu, menurut aktivis dan pegawai Arab.
Seorang aktivis pembangkang, Mohammed Saleh, berkata serangan bom ke atas Homs berhenti pagi semalam dan kereta kebal mula keluar dari bandar itu.
Seorang lagi aktivis Hom yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, dia melihat kereta kebal bergerak meninggalkan bandar itu melalui lebuh raya menuju bandar Palmyra di timur.
Beberapa hari kebelakangan ini, pasukan tentera mengebom bandar Homs dengan hebat walaupun Damsyik sudah memberi persetujuan kepada Liga Arab untuk menghentikan pertumpahan darah.
Misi Pemerhati Liga Arab ini untuk memastikan pihak kerajaan mematuhi perjanjian menghentikan tindakan ganas selama sembilan bulan ke atas kumpulan penentang.
Penentang Presiden Bashar Assad bagaimanapun, tidak yakin Liga Arab akan dapat membuatkan pemimpin autokratik itu berganjak.
Ketua pembangkang Syria, Burhan Ghalioun telah meminta Liga Arab untuk memohon bantuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
PBB berkata, kira-kira 5,000 orang terbunuh dalam keganasan politik sejak Mac lalu.
Di Kaherah, pegawai di bilik operasi Liga Arab yang tidak mahu dikenali berkata, ketua misi to Syria, Jeneral Mohamed Ahmed Mustafa al-Dabi dari Sudan, bersama 12 pemerhati, dalam perjalanan ke Homs, semalam.
Homs adalah bandar ketiga terbesar di Syria dan mempunyai penduduk seramai 800,000.
Ia merupakan pusat pemberontakan menentang Bashar, terletak kira-kira 160 kilometer di utara Damsyik.
Penduduk Syria menganggap Homs sebagai “Pusat Pemberontakan.”
Kelmarin, pasukan keselamatan Syria membunuh kira-kira 42 orang, majoriti di Homs.
“Semalam keadaan tenang, tidak seperti hari-hari sebelum ini.
“Serangan dilakukan selama behari-hari tetapi semalamlah yang paling teruk,” kata Saleh. - AP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment