HAH ALAM: Seorang pekerja kilang kenderaan diperintah membela diri atas tiga tuduhan merogol anak sulungnya yang berusia 11 tahun, selepas mangsa pulang dari sekolah, di Bukit Beruntung, dekat sini, tahun lalu.
Hakim Slamat Yahya membuat keputusan itu terhadap bapa kepada tiga anak itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh membela diri mulai semalam. Lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang juga murid darjah lima itu di rumahnya, jam 2 petang pada 14, 15 dan 17 April 2010.
Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sepanjang kes pada peringkat pendakwaan, seramai 10 saksi tampil memberi keterangan. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim.
Manakala, tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tertuduh bertindak merogol anak kandungnya pada kali pertama selepas menonton video lucah.
Ketika kejadian, lelaki itu berada di rumah kerana bekerja petang.
Manakala isterinya bekerja pada siang hari. Tembelang tertuduh pecah apabila anaknya itu terpaksa memberitahu rakan baik di sekolah kerana takut akan mengandung akibat perbuatan bapanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment