Pages

Saturday, December 24, 2011

Jumpa ibu selepas 7 tahun hilang


MARU YURANDA baring di atas katil manakala ibunya duduk di kanannya di rumah mereka di Meulaboh kelmarin.


BANDA ACEH - Seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun dan menjadi mangsa tsunami pada 2004 di Aceh, Mary Yuranda bertemu semula dengan keluarganya selepas tujuh tahun menjadi pengemis jalanan, kata ibu bapanya semalam.
Mary muncul di sebuah kafe di bandar Meulaboh, Aceh bagi mencari ibu bapanya.
Menurut bapanya, Tarmius, Mary memberitahu, dia dibebaskan oleh seorang wanita yang mengambilnya dan memaksanya bekerja sebagai pengemis jalanan.
Seorang pemandu teksi kemudian membantu gadis itu pulang ke rumah ibu bapanya pada Rabu lalu selepas dia memberitahu nama kampung dan datuknya yang merupakan seorang pemimpin agama yang dikenali ramai, kata Tarmius.
"Tanda lahir di perutnya dan parut pada muka gadis tersebut membuktikan bahawa dia adalah anak saya," kata ibunya, Yusnidar menerusi telefon dari kampungnya.
"Saya tidak dapat menyatakan kepada awak betapa bersyukurnya saya," kata ibunya yang berusia 35 tahun.
Mary terpisah dengan dua daripada saudaranya apabila tsunami melanda Aceh pada 2004.
Tiga suku daripada 220,000 orang yang mati di pesisiran Lautan Hindi adalah melibatkan penduduk Aceh.
Kakak sulung Mary masih lagi hilang, kata ibunya. - AFP
Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: