Pages

Saturday, December 24, 2011

Tak sesuai perjalanan jarak jauh



Kemalangan membabitkan bas dua tingkat di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Perak pada Disember tahun lalu mengorbankan 28 pelancong Thailand. Gambar kecil, bas dua tingkat.


KUALA LUMPUR - Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati penggunaan bas bertingkat tidak selamat serta tidak sesuai bagi perjalanan jarak jauh.
Keselamatan bas berkenaan akan menjadi lebih buruk sekiranya laluan bas berkenaan berselekoh serta sempit kerana ia mempengaruhi kestabilan bas dan berisiko mengakibatkan kemalangan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, bas bertingkat hanya sesuai digunakan di laluan selesa seperti di kawasan bandar atau di lebuh raya.
"Penggunaan bas dua tingkat di kawasan bergunung-ganang dan bercerun seperti di Sabah, Sarawak dan Cameron Highlands kurang sesuai kerana ia akan memberi kesan tidak baik terhadap bas yang berbadan lebih tinggi," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Abdul Rahim berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) wajar menentukan semula laluan yang boleh menggunakan bas jenis itu bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku.
"Kebenaran untuk menggunakan kenderaan itu juga tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan sewajarnya daripada bahagian kejuruteraan automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain pemeriksaan teknikal oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom)," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ, Ir. Mohamad Dalib berkata, bas dua tingkat tetap selamat digunakan tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika ia dipandu oleh pemandu yang tidak berpengalaman.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments: