Pages

Saturday, December 24, 2011

Polis Mumbai Halang 'Penari' Dihantar Ke Bandaraya Di Asia Tenggara

NEW DELHI: Polis Mumbai telah mendedahkan satu kumpulan penipuan melalui penghantaran gadis pekerja kedai minuman keras ke bandaraya di Asia Tenggara berkhidmat sebagai pelayan dan pekerja seks kepada orang kaya.
Gadis-gadis berkenaan dikatakan dibawa ke hotel-hotel di Malaysia, Singapura dan negara Asia Barat dengan alasan menjadi penyanyi, kata polis selepas berjaya menyelamatkan enam gadis di ibu negara kewangan India itu.
"Kebanyakan gadis adalah bekas penari di kedai minuman keras atau bar. Mereka disaring secara teliti sebelum dipilih dan malah diuji dalam studio di mana gambar mereka diambil," kata Vasant Dhobale, Penolong Pesuruhjaya Polis cawangan khidmat sosial Mumbai seperti dilaporkan akhbar Asian Age hari ini.
Polis menahan gadis-gadis tersebut di lapanganterbang antarabangsa Mumbai pada hari Rabu dan pasport yang dirampas daripada sindiket berkenaan menunjukkan mereka pernah melawat Malaysia dan Singapura, kata akhbar tersebut.
Hanya seorang ibu ayam sahaja dapat ditahan semasa polis membuat serbuan namun ketua sindiket tidak dapat dikesan.
"Gadis-gadis itu dihantar secara berkumpulan antara enam hingga ke 10 orang setiap 10 hari. Mereka diberikan visa pelancong atau permit kerja, dikatakan untuk pergi ke luar negeri bekerja sebagai penari," tambah Dhobale.
Sebaik sahaja gadis-gadis itu pulang setelah selesai tugasan, pihak ibu ayam mengaut 40 peratus sebagai komisen.
Lebih 50,000 orang gadis bekerja sebagai penari di Mumbai yang menjadi ibu negeri Maharashtra dan mereka menjadi penganggur selepas kerajaan negeri itu mengharamkan dewan tarian pada tahun 2005 bagi menyekat perdagangan seks dan kegiata memperdagangkan orang. - BERNAMA
mStar Online : Polis Mumbai Halang 'Penari' Dihantar Ke Bandaraya Di Asia Tenggara:

'via Blog this'

No comments: