Pages

Wednesday, December 7, 2011

Dua letupan bom di Kabul, 59 terkorban

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



SALAH seorang penduduk Afghan yang cedera duduk di atas tanah menunggu bantuan selepas kejadian letupan bom di tengah Kabul, semalam. - AFP


KABUL 6 Dis. - Sekurang-kurangnya 59 terbunuh dan 150 cedera dalam dua serangan bom berasingan di kawasan makam di Kabul dan bandar Mazar-i-Sharif, hari ini.

Letupan pertama berlaku di tengah Kabul ketika pengikut Syiah berkumpul untuk meraikan hari Asyura menyebabkan sekurang-kurangnya 55 orang maut termasuk kanak-kanak.

Letupan kedua berlaku di sebuah makam di utara Kabul iaitu bandar Mazar-i-Sharif menyebabkan empat penduduk awam terbunuh.

Menurut pegawai keselamatan yang enggan mendedahkan identitinya, pengebom berani mati meletupkan dirinya di pintu masuk kawasan makam.

Di bawah arahan Taliban, pengikut Syiah diharamkan untuk meraikan hari Asyura di tempat awam.

Pada tahun ini, lebih banyak tugu peringatan Asyura dibina di sekitar bandar Kabul berbanding tahun-tahun lepas termasuk makam-makam dan bendera. - AFP

No comments: