2011/02/27
TUNIS: Tiga maut dalam pertempuran terbaru antara kumpulan antikerajaan dan pihak keselamatan di tengah ibu negara Tunisia, hari ini. Polis antirusuhan dan anggota polis yang memakai pakaian awam sebelum itu melepaskan tembakan amaran dan gas pemedih mata ke arah ratusan penunjuk perasaan yang turut membaling batu ke arah mereka.“Tiga terbunuh daripada puluhan penunjuk perasaan yang cedera ketika pertempuran itu," kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.
Beberapa anggota pasukan keselamatan juga dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Penunjuk perasaan kembali mengadakan demonstrasi di tengah ibu negara itu Jumaat lalu bagi menuntut Perdana Menteri sementara,
Mohamed Ghannouchi meletakkan jawatan.
Ghannouchi adalah sebahagian daripada pemimpin regim pemerintahan Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan pada 14 Januari lalu berikutan tunjuk perasaan besar-besaran selama seminggu. - AFP
No comments:
Post a Comment