2011/02/27
WASHINGTON: Presiden Barack Obama hari ini mahu Presiden Libya Muammar Gaddafi berundur sekarang dengan menegaskan bahawa pemimpin utama Libya itu kini kehilangan hak untuk memerintah selepas menyerang rakyatnya sendiri. Ini adalah tuntutan paling jelas Obama sejak konflik tercetus di Libya yang menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran mahu Gaddafi meletakkan jawatan.
Rumah Putih berkata, tuntutan Obama itu dibuatnya dalam ketika menelefon Censelor Jerman, Angela Merkel yang bertanggungjawab untuk menyelaras tindakan terhadap konflik yang berlaku di Libya.
“Presiden Barack Obama menegaskan apabila seseorang pemimpin menggunakan keganasan terhadap rakyatnya sendiri semata-mata untuk mempertahankan kuasanya, pemimpin itu hilang kewibawaan untuk memerintah dan dia perlu meninggalkan negara itu," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan. - AFP
No comments:
Post a Comment