Pages

Tuesday, November 15, 2011

200 mangsa bah halang lebuh raya

BANGKOK: Mangsa banjir yang berang, semalam menghalang lebuh raya utama sebagai memprotes dan meluahkan kekecewaan apabila sebahagian kawasan di ibu negara Thailand itu terjejas teruk akibat banjir, manakala pusat bandar raya terselamat.
Selepas berminggu-minggu mengalami banjir, air bah di sesetengah kawasan di Bangkok mulai surut. Bagaimanapun, di tempat lain penduduk semakin berang apabila kawasan penempatan mereka digenangi air semata-mata bagi mengelakkan kawasan perniagaan dan pelancongan di pusat bandar raya itu tenggelam.

Di barat Bangkok, kira-kira 200 penduduk menghalang sebahagian lebuh raya Rama II, laluan utama yang menghubungkan Bangkok dan selatan Thailand bagi menuntut supaya air yang menenggelami penempatan mereka dialirkan keluar. - AFP

1 comment:

Reformis Anak Muda said...

Bencana alam ni dah berbulan-bulan berlaku... kematian beratus orang... Tahukah anda semua, tempat itu adalah tempat paling penuh dengan maksiat di dunia ini... Sumber pendapatan pelancongan dari kemaksiatan...