Pages

Tuesday, October 25, 2011

Steve Jobs boleh bertukar menjadi kejam



SEORANG pelanggan berjalan dekat sejumlah buku biografi Steve Jobs karya Walter Isaacson di sebuah kedai buku di Hong Kong semalam. - AP


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas bersama firma Apple Corp. mendiang Steve Jobs boleh bertukar kejam, menjengkelkan dan acuh tak acuh terhadap rakan sekerja dalam usahanya memburu kesempurnaan, kata penulis biografinya, Walter Isaacson.

"Beliau bukan seorang yang peramah dan mesra," kata Isaacson dalam satu wawancara dalam program bual bicara terbitan stesen televisyen CBS, 60 Minutes.

Buku biografi itu yang berjudul Steve Jobs karya Isaacson itu mula dijual di kedai-kedai buku di AS semalam. "Beliau ialah seorang yang amat perengus," kata Isaacson ketika bercerita tentang Jobs yang meninggal dunia ketika berusia 56 tahun pada 5 Oktober lalu akibat komplikasi penyakit kanser pankreas yang dihidapinya.

"Dia boleh bersikap kejam terhadap orang lain," ujarnya. "Sama ada kepada seorang pelayan di restoran atau pekerja yang berjaga sepanjang malam untuk menyelesaikan tugasannya, Jobs akan pergi kepada mereka dan berkata, semua yang anda lakukan silap. Kerja anda teruk sekali.

"Dan anda pula berkata, mengapa awak berkelakuan sebegitu, mengapa awak tidak boleh bersikap lebih baik? Dan dia (Jobs) memberitahu: "Saya mahu bersama orang yang mementingkan kesempurnaan. Inilah saya," cerita Isaacson. - Isaacson berkata, Jobs mungkin mengemukakan idea komputer Macintosh, iPod, iPhone dan iPad semasa kerjayanya yang pintar tetapi beliau bukannya seorang pengurus yang terhebat dunia.

"Secara faktanya, beliau (Jobs) mungkin merupakan salah seorang pengurus yang paling teruk," katanya. - AFP

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: