Pages

Tuesday, October 25, 2011

55 mayat penyokong Gaddafi ditemui

SIRTE: Penemuan 53 mayat reput di Sirte, kubu terakhir bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menunjukkan sebahagian penyokongnya dibunuh.

“Kami menemui 53 mayat yang dipercayai penyokong Gaddafi di sebuah hotel tinggal di Sirte,” kata Peter Bouckaert dari kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW), yang menyiasat pembunuhan itu.


“Sebahagian mereka dengan tangan diikat ke belakang apabila ditembak,” katanya.

Penyiasat HRW menemui mayat itu semalam di Hotel Mahari di District 2, sebuah daerah di Sirte yang dikuasai penyokong Gaddafi dari Misrata sebelum pembunuhan itu berlaku.


“Mayat berkenaan berhimpit satu sama lain di kawasan berumput yang menghadap laut,” menurut kenyataan yang dikeluarkan HRW.


Seorang jurugambar AFP sebelum ini menemui 60 mayat di perkarangan Hospital Al-Mahari dan berkata, sebahagian besar mangsa dibunuh dengan ditembak di kepala sementara sebahagian lagi dengan tangan dan kaki diikat.

Tentera kerajaan baru Libya berkata, hospital itu digunakan sebagai penjara sementara oleh pengikut Gaddafi yang mereka dakwa melakukan pembunuhan itu. HRW berkata, pembunuhan di Sirte dipercayai dilakukan seminggu sebelum mayat itu ditemui.


Memetik kenyataan penduduk yang bertindak mengecam dan mengebumikan mayat itu, kebanyakan yang terbunuh ialah penduduk Sirte dan sebahagiannya penyokong Gaddafi. - AFP

myMetro | 55 mayat penyokong Gaddafi ditemui:

'via Blog this'

No comments: