Pages

Saturday, July 9, 2011

Israel tahan 20 aktivis pro-Palestin

SEORANG aktivis pro-Palestin ditahan di Lapangan Terbang Ben Gurion, dekat Tel Aviv semalam.


LAPANGAN TERBANG BEN GURION, Israel - Polis Israel menahan 20 aktivis pro-Palestin yang tiba di lapangan terbang utama negara berkenaan di sini semalam dan mencegah ketibaan ratusan lagi aktivis dengan mengugut syarikat-syarikat penerbangan untuk menanggung kos penghantaran pulang mereka.

Polis berkata, semua 20 aktivis yang tiba di lapangan terbang ini, dekat ibu kota Israel, Tel Aviv, tiba dari Switzerland dan akan ditahan sebelum diusir keluar.

Menurut polis, sebuah pesawat syarikat penerbangan Alitalia dari Rom turut dilencongkan dari terminal utama lapangan terbang ini manakala para penumpangnya diarah menjalani pemeriksaan keselamatan.

Para penganjur kempen Selamat Datang ke Palestin yang digelar sebagai flytilla menyatakan, sekitar 800 aktivis akan berlepas ke lapangan terbang ini dalam misi keamanan untuk melawat keluarga-keluarga Palestin.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel menyatakan, ia berjaya mematahkan kempen para aktivis asing itu yang kebanyakannya dari Perancis daripada mengadakan demonstrasi untuk memasuki wilayah Tebing Barat.

Beberapa pegawai berkata, kemasukan aktivis berkenaan dapat dihalang selepas pihak berkuasa Israel memaklumkan syarikat-syarikat penerbangan asing mengenai ciri-ciri mereka yang tidak dibenarkan memasuki negara itu.

Satu kenyataan daripada kementerian keselamatan awam memetik ketua polis tempatan, Benzi Sau sebagai berkata, satu operasi bersama oleh polis, kementerian luar dan pegawai pengangkutan berjaya menghalang beratus-ratus aktivis berlepas dari lapangan terbang negara masing-masing untuk menuju ke Israel. - AFP

Kosmo! Online - Dunia

No comments: