Pages

Saturday, July 2, 2011

Bunuh kawan pasal bilik air


MOHD. HASNAN menunjukkan bilik air yang menjadi tempat Juli mati ditikam rakannya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Indonesia bertindak membunuh rakannya hanya kerana mangsa enggan membenarkannya menggunakan bilik air dalam kejadian di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu di sini semalam.

Kejadian pukul 6.30 pagi itu menyebabkan buruh yang dikenali sebagai Juli, 37, mati akibat ditikam di dada dengan pisau pemotong sayur.

Sebelum kejadian, suspek mengetuk pintu bilik air dan meminta Juli yang sedang mandi supaya keluar kerana dia ingin mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.

Geram dengan tindakan mangsa yang enggan menuruti kehendaknya, suspek berusia 30-an itu bertindak menendang pintu lalu berlaku pertengkaran.

Suspek yang gagal mengawal emosi kemudian mengambil sebilah pisau lalu menikam mangsa sebelum melarikan diri.

Rumah yang mempunyai dua bilik itu disewa mangsa bersama isterinya.

Pemilik rumah berkenaan, Mohd. Hasnan Anbia, 31, berkata, dia bergegas ke situ sebaik terdengar bunyi wanita menjerit dan menangis.

Kosmo! Online - Negara

No comments: