Pages

Sunday, May 29, 2011

Perompak gagal perdaya polis

LONDON: Seorang pencuri ditangkap selepas pengumpil yang dilaporkannya hilang ditemui di tempat kejadian jenayah.
Layton Spinks menggunakan alat itu untuk memecah masuk beberapa gudang tetapi kemudian mendakwa ia hilang bersama-sama keretanya.

Lelaki berusia 27 tahun itu cuba melindungi kegiatannya selepas tertinggal pengumpil berkenaan di tempat dia merncuri.

Penyiasat, Richard Weber berkata: “Satu pengumpil ditemui di tempat kejadian jenayah dan siasatan menunjukkan ia satu-satu yang dibeli baru-baru ini, sehari sebelum rompakan dilakukan.

“Cap jarinya ditemui pada alat berkenaan dan juga barangan yang ditinggalkan di tempat kejadian jenayah.


“Dia tidak bernasib bai. Kami bukan setakat dapat membuktikan dia melakukan rompakan di beberapa gudang tetapi juga merompak rumahnya sendiri dengan tujuan mengaburi polis mengenai kegiatannya.” - Agensi
myMetroPerompak gagal perdaya polis

No comments: