Pages

Sunday, May 29, 2011

Isteri pertama Gaddafi kutuk serangan bunuh anak lelaki


WASHINGTON: Isteri pertama Muammar Gaddafi, Sofia, mengutuk serangan udara yang membunuh anak lelakinya dan menuduh NATO melakukan jenayah perang di atas serangan terhadap regim Libya.


“Saya tidak ada di sana. Tetapi saya berharap saya ada di sana supaya boleh mati bersamanya.
“Anak saya tidak pernah tinggal solat malam. Kami dibedil setiap hari dan serangan bermula ketika solat maghrib. Empat roket dalam satu rumah,” kata Sofia kepada CNN menerusi temubual dalam telefon, ketika merujuk kematian anak lelakinya, Seif al Arab berikutan serangan udara NATO.
Pasukan antarabangsa yang menyerang pasukan Gaddafi di bawah persetujuan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi orang awam, mencari alasan untuk menyasar Gaddafi.

“Apa yang beliau sudah lakukan untuk melayakkan beliau dilayan sebegini,” katanya.

Ditanya sama ada beliau turut menjadi sasaran, wanita itu menjawab: “Anak saya adalah orang awam dan mereka turut menjadi sasaran. Apa kaitan mereka dengan semua ini?”

NATO katanya, melakukan jenayah antarabangsa di negara utara Afrika.
“Mereka membunuh anak lelaki saya dan rakyat Libya. Mereka memfitnah reputasi kami. Sebanyak 40 negara menentang kami. Nyawa tidak lagi bernilai.

“Apa lagi yang saya inginkan dalam kehidupan kini. Apa yang saya mahukan ialah kebenaran terbukti. Dengan kuasa Allah, kita semua akan berjaya. Kami akan hidup atau mati bersama rakyat Libya,” katanya yang meratapi kematian anak lelakinya.

Keraguan timbul sejak beberapa hari lalu mengenai kesahihan laporan kematian Seif al Arab, anak bongsu lelaki Gaddafi.

Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, Rabu lalu berkata gabungan antarabangsa tiada maklumat mengenai kematiannya dan laporan daripada jurucakap kerajaan Libya ia adalah propaganda.

Regim Libya mendakwa pada 1 Mei serangan NATO membunuh anak bongsu lelaki Gaddafi dan tiga cucunya. – AFP.
Berita Harian Online | Isteri pertama Gaddafi kutuk serangan bunuh anak lelaki

No comments: