Pages

Tuesday, May 3, 2011

Misi khas bunuh Osama



KUBU BERLINDUNG...kediaman tiga tingkat yang menjadi tempat persembunyian Osama di Abbottabad sunyi selepas diserbu tentera AS semalam.
KUBU BERLINDUNG...kediaman tiga tingkat yang menjadi tempat persembunyian Osama di Abbottabad sunyi selepas diserbu tentera AS semalam.

WASHINGTON/ABBOTTABAD: Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam serangan helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah kediaman di bandar Abbottabad, tidak jauh dari ibu negara Pakistan, awal pagi semalam, sekali gus menamatkan pemburuan hampir satu dekad ke atas perancang serangan 11 September ke atas AS itu.
Anggota pasukan khas tentera laut yang diturunkan dari helikopter ke laman rumah Osama telah diarah untuk membunuh, bukan untuk menangkap Osama, kata seorang pegawai keselamatan AS kepada wartawan.

“Ia adalah operasi untuk membunuh,” kata pegawai itu yang enggan dikenali.
Penganalisis menyifatkan kematian Osama sebagai simbolik kerana beliau dipercayai tidak lagi mengeluarkan arahan berkaitan operasi kepada kumpulan yang ada kaitan dengannya di seluruh dunia.

Bimbang berlakunya serangan sebagai membalas dendam ke tas kematiannya, AS dengan segera mengeluarkan amaran kepada rakyatnya di seluruh dunia.

“Ini adalah saat penting kerana al-Qaeda akan membalas dendam. Ini adalah kekalahan besar kepada mereka dan mereka perlu bertindak secepat mungkin dan terpulang kepada kita untuk menghalang mereka, kata ahli Kongres Peter King.
Kematian Osama dipercayai tidak memberi kesan besar ke atas perang hampir sedekad di Afghanistan.

Tentera AS di negara itu tahun lalu dilaporkan menghadapi jumlah serangan paling tinggi daripada puak Taliban, yang berjanji untuk membalas dendam terhadap kematiannya. - Reuters, mymetro

No comments: