Pages

Sunday, May 22, 2011

Lelaki dipercayai dibelasah keluarga isteri gara-gara bernikah di Thailand


CEDERA TERUK: Encik Mohd Azhar Aziz, yang mengalami kecederaan pada bahagian mata, tangan dan badan, menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas dibelasah oleh sekumpulan 40 lelaki pada pagi Khamis lalu. - Foto HARIAN METRO

SUNGAI PETANI (Kedah): Seorang lelaki dibelasah, diikat pada tiang rumah dan ditinggalkan tanpa berpakaian, kecuali seluar dalamnya, oleh sekumpulan 40 lelaki di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda, di sini, awal Khamis lalu.
Kejadian pada 2 pagi itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati anggota keluarga isteri Encik Mohd Azhar Aziz, 31 tahun, yang baru dikahwininya seminggu lalu di Thailand.'Saya bukan saja dibelasah dengan tangan diikat pada tiang, malah hanya tinggal seluar dalam selepas pakaian saya ditanggalkan,' kata peniaga itu, yang mendakwa dipukul lebih sejam oleh kumpulan lelaki berkenaan, seperti yang ditukil laporan akhbar Harian Metro, semalam.Menceritakan kejadian itu, Encik Mohd Azhar berkata sekumpulan enam lelaki berkereta dan bermotosikal datang ke rumahnya di Taman Orkid, Sungai Layar, di sini, sebelum memecah masuk rumahnya.Ketika itu, beliau dan isterinya, yang berusia 23 tahun, sedang berada di rumah dan kumpulan lelaki terbabit memaksanya memandu kereta dengan diiringi dua lelaki, manakala isterinya dibawa dengan sebuah kereta lain.Encik Mohd Azhar kemudian diarah berhenti dan turun dari kereta sejurus tiba di sebuah stesen minyak di Kampung Rantau Panjang, Kota Kuala Muda.'Sebaik-baik saja turun, kumpulan lelaki itu memaksa saya masuk ke dalam but sebuah kereta dan dibawa ke lokasi lain. Di tempat itu, saya mendapati lebih 40 individu termasuk saudara-mara isteri serta penduduk kampung sedang menunggu.'Mereka kemudian menanggalkan pakaian saya dengan hanya tinggal seluar dalam sebelum saya diikat pada tiang rumah. Tanpa meminta penjelasan, semua lelaki terbabit terus memukul saya dengan kayu dan tangan,' katanya ketika ditemui pihak akhbar, kelmarin.Malah, tangan dan kakinya turut dikelar dengan pisau, selain dicucuh dengan api rokok, kata Encik Mohd Azhar, yang kemudian membuat laporan polis bersama isterinya.Sementara itu, ketua polis daerah Kuala Muda, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Hashim Alio, ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima aduan polis itu dan sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata atau benda berbahaya.
cyberita

1 comment:

FainOnline said...

Ini ke ajaran orang Melayu Islam kat Malaysia? macam tak bertamadun langsung..