Pages

Saturday, April 9, 2011

Nato enggan mohon maaf



ANGGOTA  pemberontak berehat di Ajdabiyah sementara menanti arahan untuk memasuki bandar itu, semalam.
ANGGOTA pemberontak berehat di Ajdabiyah sementara menanti arahan untuk memasuki bandar itu, semalam.


ANGGOTA pemberontak meratap di keranda rakan mereka yang terbunuh akibat dibom tentera Nato, di Benghazi, semalam.
ANGGOTA pemberontak meratap di keranda rakan mereka yang terbunuh akibat dibom tentera Nato, di Benghazi, semalam.

AJDABIYA: Nato semalam enggan memohon maaf terhadap serangan udara yang menyebabkan beberapa anggota penentang Muammar Gaddafi terbunuh.
Timbalan pemerintah Nato, Laksamana Russel Harding dari Britain berkata, tentera pakatan itu tidak tahu pemberontak menggunakan kereta kebal.

“Dua serangan kami menyebabkan kematian beberapa anggota pemberontak yang mengendalikan kereta kebal,” katanya.
Ketika ditanya sama ada pakatan itu memohon maaf kepada kumpulan penentang Gaddafi itu, Harding memberitahu wartawan: “Saya bukan meminta maaf. Keadaan di darat begitu mengelirukan. Sehingga semalam, saya tidak tahu bahawa pemberontak menggunakan kereta kebal,” katanya.

‘Peranan kami ialah melindungi orang awam. Kereta kebal sebelum ini digunakan oleh tentera Gaddafi untuk menyerang orang awam,” kata Harding pada sidang akhbar video dari ibu pejabat operasi Libya pakatan berkenaan di Naples, Itali.

Kejadian itu adalah yang kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu menyaksikan pesawat Nato mengebom kedudukan pemberontak di Brega secara tidak sengaja.
Dalam kejadian pertama, pemberontak mengaku anggotanya tersilap menembak ke udara, menyebabkan pesawat Nato mengebom mereka.

Kejadian terbaru berlaku apabila beberapa kereta kebal diserang dalam serangan udara berhampiran Brega, 80 kilometer ke barat Ajdabiya.
Pemimpin pemberontak, Abdelfatah Yunis berkata di Benghazi, empat orang terbunuh, dua pejuang dan dua anggota perubatan.
Sementara itu, wartawan AFP berkata, Ajdabiya semalam dikuasai sepenuhnya oleh pemberontak. - AFPmyMetro | Nato enggan mohon maaf

No comments: