Pages

Saturday, April 9, 2011

Nato akui sukar tumbangkan Gaddafi

TRIPOLI: Pemimpin kanan tentera Nato semalam mengakui serangan udara mereka tidak mencukupi untuk membantu kumpulan pemberontak menggulingkan Muammar Gaddafi.
Ketua Panglima Amerika Syarikat bagi Operasi di Afrika, Jeneral Carter Ham, berkata konflik di Libya menemui jalan buntu dan sukar untuk pemberontak menjejaki Tripoli bagi menyingkirkan Gaddafi. Harapan awal supaya serangan udara Barat ke atas tentera Gaddafi akan membuka ruang untuk memusnahkan kumpulan pemberontak apabila tentera kerajaan meletakkan senjata berhampiran penempatan awam dan menyukarkan Nato untuk melakukan serangan.
Jurucakap politik Nato, Oana Lungescu bersetuju dengan pendapat Ham.
“Kami sudah menjelaskan tiada penyelesaian terhadap konflik ini secara ketenteraan. “Oleh itu, amat penting untuk mencari penyelesaian secara politik,” katanya. Kumpulan pemberontak menolak sebarang rundingan damai kecuali Gaddafi meninggalkan Libya. Oana, seperti juga pegawai Nato yang lain meluahkan kekecewaan kerana gagal masih belum mampu menumbangkan Gaddafi. - Reuters
myMetro | Nato akui sukar tumbangkan Gaddafi

No comments: