Pages

Monday, March 7, 2011

Saudi tahan penunjuk perasaan

DUBAI: Pasukan keselamatan Arab Saudi menahan sekurang-kurangnya 26 penganut Syiah yang menunjuk perasaan kerana membantah apa yang mereka dakwa didiskriminasi.
Penganut Syiah mengadakan tunjuk perasaan kecil-kecilan sejak dua minggu lalu di timur negara itu, kawasan yang kaya dengan minyak dan berhampiran Bahrain, tempat kaum itu yang menjadi penduduk majoriiti menunjuk perasaan membantah pemerintah mereka yang berfahaman Sunni.

“Dua puluh dua orang ditahan Khamis lalu dan empat pada Jumaat, menjadikan jumlahnya 26 orang. “Semua penahanan itu dilakukan di Qatif,” kata aktivis hak asasi manusia, Ibrahim al-Mugaiteeb.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Tunjuk perasaan Syiah di Arab Saudi bermula di Qatif dan Awwami sebelum merebak ke Hofuf Jumaat lalu.


Tunjuk perasaan seperti di Mesir dan Tunisia yang menyaksikan penggulingan rejim belum berlaku di Arab Saudi.
Bagaimanapun, lebih 17,000 orang sudah menyuarakan sokongan menerusi Facebook untuk mengadakan dua tunjuk perasaan, dengan yang pertama pada Jumaat ini. - ReutersmyMetro | Saudi tahan penunjuk perasaan

No comments: