Pages

Monday, March 7, 2011

Pesawat Israel bom bandar Gaza 4 kali

Berita Harian Online




2011/03/07

Zionis dakwa militan Palestin lancar roket

BANDARAYA GAZA: Pesawat perang Israel melancarkan empat serangan udara terhadap bandar raya Gaza lewat kelmarin, kata saksi dan anggota perkhidmatan keselamatan selepas satu roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza dan mengenai kawasan selatan negara Yahudi itu.

“Dalam serangan yang dilakukan, sebuah pesawat F-16 Israel melepaskan peluru berpandu pada satu sasaran di daerah Zeitoun di bandar raya terbabit, tetapi tiada kematian dilaporkan,” kata sumber.
Tiga daripada serbuan menyasarkan pangkalan Briged Ezzedine Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas yang mengawal Semenanjung Gaza. Serangan berkenaan menyebabkan kerosakan besar kedua-dua sasaran dan kediaman berjiran.
Dua lagi serangan menyasarkan kawasan selatan dan utara kota itu. Satu kenyataan tentera Israel pula hanya mengakui melancarkan tiga serangan udara.

Dua serangan menyasarkan ‘sasaran pengganas’ di tengah Semenanjung Gaza dalam apa yang dirujuk kepada kawasan militan Hamas.

Manakala serangan yang ketiga adalah ke atas sebuah terowong yang digunakan bagi melakukan serbuan bersenjata di wilayah Israel dengan ia dianggap operasi mengatur semula kedudukan tentera di sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza, kata kenyataan terbabit.

Tentera Israel berkata, serangan berkenaan berlaku selepas satu roket yang dilancarkan pada Sabtu lalu dari Semenanjung Gaza, memasuki kawasan selatan Israel.
“Pagi ini sebuah roket dibedil dari Gaza jatuh ke sektor barat Negev (padang pasir di selatan Israel) tanpa menyebabkan kecederaan atau kerosakan,” kata jurucakap tentera.

Ahad lalu, kereta kebal Israel melepaskan bedilan terhadap sekumpulan militan di bandar raya Gaza membunuh seorang penduduk Palestin selepas serangan roket dan mortar terhadap Israel menyebabkan rejim Zionis bertindak balas. – AFP

No comments: